Thursday, January 13, 2011

BAGAIMANA MAHU MENGUBAH MENTALITI MASYARAKAT KITA?

Saya turut terbaca segelintir penulis blog yang ada memberi komen yang positif dan ada yang memberi komen yang negaif. Selalunya mereka akan memberi kritik yang negatif. Antaranya:

  • Hanya mahu menerpa nama di dalam Malaysian Books of Records (MBOR)
  • Mengejar gelaran Datuk
  • Menghabiskan duit rakyat
  • Meraih nama dan populariti (Glamour)
  • Tidak menyumbang kepada faedah agama terutamanya Islam
  • Bersifat materialistik

Saya sudah  lali dengan semua pandangan-pandangan dan komen-komen sebegitu. Tapi apakah masyarakat kita cuma nampak yang itu sahaja? Kenapa mesti kita lihat dari sudut yang tersurat sahaja? Mengapa tidak kita cuba memberi peluang pada diri kita untuk membuka minda kita supaya melihat tersirat tujuan itu dilakukan. Sebenarnya seperti kita lihat zaman kini terutamanya keadaan remaja yang semakin serius dan apakah peranan anda semua bagi memulihkan keadaan yang semakin membimbangkan ini? Apa peranan anda? Sebagai remaja? Sebagai Ibubapa? Sebagai pendidik? Apa yang telah anda lakukan bagi membentuk masyarakat kita?



MENGUBAH MINDA SUPAYA MASYARAKAT SALING BERSAING


Jadi saya di sini ingin membawa anda semua kepada sudut pemikiran yang di luar daripada norma pemikiran kita. Izinkan saya mengambil contoh yang terdekat dengan saya iaitu mengenai pengalaman saya sendiri kerana saya menempuhinya dan lebih tepat untuk dikongsi bersama.Tujuan di sini bukan untuk menghabiskan duit kerajaan tapi sebaliknya ia merupakan pelaburan buat negara. Apa yang dimaksudkan pelaburan? Kita juga boleh membuktikan bukan beberapa kerat sahaja rakyat Malaysia yang hebat-hebat dan ini membuka peluang kepada masyarakat lain terutama golongan remaja ingin mengikut cara rakyat luar biasa lain yang telah berjaya menerpa nama. Anda nampak sekarang? Takkan kita nak biarkan golongan kini semakin lalai dengan keseronokan duniawi semata-mata. Mengapa tak biarkan ramai lagi rakyat Malaysia yang berlumba-lumba untuk menerpa kejayaan yang bakal menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Apabila nama Malaysia semakin dikenali, negara kita akan disegani oleh negara luar. Tidak semestinya kepandaian itu tertumpu kepada akademik semata-mata kerana kebijaksanaan itu bersifat subjektif. Tuhan mencipta manusia dengan bermacam-macam jenis kepandaian dan kita sebagai umatnya perlu menerokai bakat yang tuhan anugerahkan. Setiap orang adalah genius. Ingat itu! Apapun mestilah seiring dengan fardhu ain (asas agama) bagi yang menganuti agama Islam dan jangan sehingga abaikan yang wajib.

BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI SUATU BENTUK DAKWAH


Saya melihat ramai yang mengatakan tujuan mencipta rekod seumpamanya tidak menyumbang kepada agama kerana ia lebih bersifat materialistik dan mencipta nama semata-mata. Mengapa kita tidak beri peluang pada diri kita bagi membuka minda supaya membuat tanggapan yang baik kerana perkara yang baik pasti menguntungkan buat semua bukan secara individu sahaja. Jika kita lihat secara tersuratnya, sudah tentu tujuan itu dilakukan sekadar "mencipta nama" sahaja bagi membuktikan Malaysia Boleh tapi tidakkan anda lihat, setiap perkara yang dilakukan juga boleh dijadikan dakwah?Sebagai contohnya, apabila kita berjaya harungi sesuatu cabaran dan akan berkongsi bersama dengan masyarakat yang lain. Sudah tentunya orang akan bertanya "Mana dapat kekuatan sebegini?, Makan apa?" dan sebagainya. Dengan cara itu kita boleh menjelaskan bahawa kekuatan rohani itu yang mengawal segala-galanya dan barulah diikuti dengan kekuatan emosi, fizikal dan sebagainya. Bukankah itu juga bentuk dakwah? Terutamanya bagi segelintir masyarakat Islam yang mengatakan ia tidak menyumbang pada agama. Bukankah dengan berkongsi pengalaman yang ada dan diselitkan unsur spiritual boleh dijadikan dakwah buat semua? Saya sebagai umat Islam memberi pandangan bahawa kita sebagai umatnya perlulah berdaya saing seiiring dengan warga dunia yang lain, barulah masyarakat lain tidak memandang agama Islam ini cuma menumpukan aspek akhirat sahaja. Islam itu menyeluruh dan fleksibel jadi setiap perkara yang dilakukan dengan niat yang betul disertai dengan usaha untuk memberi inspirasi buat memajukan umat lain sudah tentulah ia juga boleh dikira sebagai ibadah juga. Benar kan? Jika anda masih tidak jelas dengan apa yang saya sampaikan saya beri contoh yang lain pula. Contohnya penyanyi Maher Zain:




sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Maher_Zain

2008: Involved with RedOne

After being involved for a while in the music scene as a music producer, Maher was introduced to RedOne, a Swedish music producer of Moroccan origin in Sweden. Maher started working with RedOne alongside Akon, Enrique Iglesias, Lady GaGa and Michael Jackson. Later, he moved to New York where he took part in producing Kat DeLuna on her debut album including hit Whine Up and Run The Show. Then he returned for a while to Sweden where he had his religious awakening.
 Jadi, setelah beliau sudah lama berkecimpung dalam dunia muzik dan kini beliau masih bersama dengan dunia muzik tetapi penyampaian beliau kini sudah dari sudut yang berbeza iaitu kini berkonsepkan Islamic. Jadi saya di sini bukan sahaja tujukan kepada umat Islam sahaja tetapi juga kepada umat yang lain. Marilah kita memajukan diri dengan memberi sumbangan dalam apa sahaja bentuk yang anda pakar buat Agama dan Negara!!!!!

MARILAH MEMBERI SUMBANGAN DAKWAH BUAT AGAMA DAN MASYARAKAT MELALUI BAKAT YANG ANDA MILIKI, ANDA ADALAH ANUGERAH TUHAN YANG TIDAK TERNILAI!!!