Saturday, September 25, 2010

SUKAN DARI PERSPEKTIF ISLAM- SIAPA KATA IA TIDAK MENYUMBANG KEPADA AGAMA?

Monday, January 4, 2010 , Posted by Lajnah Sukan Dan Kebudayaan PMI at 7:07 PM

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- "Sukan adalah antara jihad umat Islam di dunia ini". Agak pelik bunyi kenyataan ini, tetapi ia mempunyai pengertian tersendiri.

"Ini kerana pengorbanan dan kesungguhan yang dicurahkan atlet demi untuk mengharumkan nama negara di persada dunia sukan adalah satu bentuk jihad walaupun ia tidak sehebat jihad di medan perang," demikian kata Ketua Unit Hal Ehwal Islam Cawangan Khidmat Pengurusan Majlis Sukan Negara, Ustaz Mohammad Hasnol Bakar.

Beliau menambah definisi jihad jangan disalah anggap kerana ia mempunyai pengertian yang luas.
"Jihad dalam pengertian dunia moden sekarang ialah pengorbanan tenaga yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk mencapai kemakmuran dan keunggulan yang mendatangkan manfaat kepada ummah.

"Dan sukan juga adalah salah satu bentuk jihad umat Islam di akhir zaman jika kena dengan niatnya dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam," jelasnya kepada Bernama.

Malah menurut Muhammad Hasnol, sejarah mencatit bahawa pemimpin agung umat Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah berdakwah mengunakan medium sukan.

"Ini berlaku apabila Nabi telah dicabar beberapa kali oleh ahli gusti dari kaum Quraish di Mekah yang bernama Rukanah Abu Yazid untuk bergusti dengannya dan sanggup memeluk Islam jika Nabi mampu mengalahkannya dalam tiga pusingan.
"Baginda menyahut cabaran itu dan kemudian menewaskan Rukanah. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa umat Islam pada zaman itu mempunyai kekuatan fizikal kerana mengamalkan aktiviti bersukan dalam kehidupan mereka," katanya.

Menurut Muhammad Hasnol lagi, Nabi pernah menyertai sahabat-sahabatnya untuk bermain panah malah pernah berlumba kuda dengan isteri baginda Siti Aisyah.

"Bagaimanapun, batas-batas seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sehingga mendatangkan kemudaratan pada jiwa, akal dan emosi perlulah diambil berat agar ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam,"
katanya.

Menutup aurat juga dituntut untuk atlet Islam dan ini tidak menghalang atlet yang menuntup aurat untuk bersaing dengan atlet lain dan mencapai kemenangan, katanya.
Ini terbukti pada kejohanan Olimpik Beijing yang baru berlalu, di mana beberapa atlet wanita dari negara Islam seperti Homa Hosseini dari Iran dan Shaimaa El-Gammal dari Mesir, tetap menutup aurat mereka walaupun sedang bertarung.
Contoh lain ialah pelari dari Bahrin, Ruqaya al-Ghasara yang bertudung tetapi masih mampu memenangi pingat emas ketika beraksi di Sukan Asia di Doha, Qatar pada 2006.


Muhammad Hasnol berkata negara Islam perlu menggiatkan sukan di kalangan rakyatnya sendiri dan menjadikan sukan untuk memajukan meraka di peringkat antarabangsa.

"Walaupun negara Islam telah mewujudkan Sukan Perpaduan Negara Islam yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 di Arab Saudi, namun ia belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan oleh seluruh umat Islam," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, September 23, 2010

Misi bermula 5XOE: SELAT MELAKA

Rakan seperjuangan dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi memegang "banner" bagi menyambut ketibaan Zahra dan Salman ke garisan penamat

Siapa kata tidak berjaya sekali bermakna gagal selamanya?? inilah prinsip yang saya pegang sentiasa kerana bagi saya istilah gagal itu tidak ada selagi kita masih berusaha untuk berjaya dan kini saya telah membuktikan ke tidaksampaian saya ke destinasi penamat Calais, France dalam usaha menyeberang Selat Inggeris tidak semestinya membuat pencapaian saya akan menjunam dan tiada masa hadapan lagi. Kini, saya telah membuktikannya!!!

Kisah saya ini membuatkan saya teringat akan kisah hebat Thomas Alva Edison. Menurut artikel blog Napie (2009):
"Orang muda, mengapa harus aku merasakan diriku seorang yang gagal? Dan mengapa harus aku berputus asa? Aku (Thomas A. Edison) sekarang sudah mengetahui lebih 9,000 cara yang akan membuatkan mentol elektrik tidak akan berfungsi. Kejayaan hampir dalam gengaman aku." Tidak lama kemudian Thomas Alva Edison berjaya mencipta mentol elektrik pertama selepas lebih 10,000 kali percubaan.
Jadi, petikan di atas menunjukkan sekali gagal tidak bermakna kita terus hanyut dengan kegagalan dan kejayaan saya kini juga dapat membuktikan pada seluruh mata dunia. Pada mulanya saya fikir saya mungkin tiada masa depan lagi untuk teruskan misi ini tetapi dengan berkat doa ramai pihak tidak kira yang menganuti agama Islam, Hindu, Buddha, Christian dan lain-lain telah membantu sedikit sebanyak meraih kejayaan dan ia  membuktikan yang  saya  dan  adik mampu mencipta kejayaan yang luar biasa walaupun saya pernah tersungkur sebelum ini sekali.

PENGALAMAN
Pada mulanya saya seakan-akan tidak percaya pada hari Sabtu (27/3/2010) ialah hari bermulanya saya berenang ke lokasi permulaan. Cepat sungguh masa berlalu, rasanya macam saya baru sahaja menjalani latihan renang untuk rentas Selat Melaka rupa-rupanya inilah saat saya perlu membuktikan saya pasti mampu menawan Selat Melaka ini bersama jiwa saya, Salman Ali Shariati (adik). Saya kadang-kadang terdetik sesuatu di hati, "Kenapalah aku bodoh sangat nak teruskan renangan ni sedangkan aku dah gagal, pasti akan dapat malu besar kalau tak mampu habiskan Selat Melaka  ini juga..pasti masyarakat akan pandang serong pada aku dan kenapa lah aku berani sangat ambil risiko ni??". Oh tuhanku, kenapalah saya boleh terdetik bertanggapan buruk sebegitu dan saya terus berkata pada diri saya. "Tidak Zahra, kau boleh lakukan perkara ni, kau bukan buat kerja bodoh..kau nak membuktikan pada orang ramai yang kau tak berjaya sebelum ni bukan kerana faktor kau semata-mata..mungkin tuhan lebih mengetahui..mungkin tuhan mahu menguji kau sama ada kau adalah umat Islam yang lemah atau sebaliknya untuk terima kegagalan..mungkin tuhan tak mahu kau berjaya dengan keadaan sebelum ni..kejayaan tu akan tiba suatu hari nanti..Kau boleh Zahra..Buktikan!!!!".
 

Saya terus tersedar dari lamunan dan berfikir sejenak.Apa yang saya fikirkan sebelum ni? Kenapa saya boleh  fikir yang negatif dan saya harus sentiasa positif dalam apa keadaan. Jadi esoknya saya akan bertolak ke Sumatera, Indonesia. Pada Jummat malam, kami ke perlabuhan untuk menaiki bot ke perairan Indonesia. Sepanjang jalan menuju ke sana, saya sempat melelapkan mata di bilik tidur dalam bot tersebut. Tiba pada watu paginya, saya mulakan dengan sedikit pengisian rohani supaya saya mendapat kekuatan dalam menempuhi cabaran tidak lama lagi. Kira-kira jam pukul 11 pagi, saya, Salman, bapa saya dan beberapa anggota polis maritim menaiki bot kecil menuju ke pantai di mana tempat kami bakal memulakan renangan. Kami disambut dengan paluan kompang dan upacara tepung tawar oleh penduduk tempatan di sana. Bahagianya saya apabila melihat sokongan dari pihak negara jiran juga seiiring dengan masyarakat kita. Tak sia-sialah usaha renangan perpaduan nusantara Indonesia-Malaysia ini dilakukan.Saya dapat melihat keakraban itu ada cuma sesetengah pihak mengucar-kacirkan keadaan. Selepas itu kira- kira waktu tengahari, saya dan adik (Salman) dilepaskan berenang berasingan iaitu beza lima minit setiap seorang.

Mula-mula perairan di Indonesia agak berombak, saya cuba berenang dalam keadaan yang tenang. Saya dan adik di iringi oleh 2 bot tunda. Ekspidisi rentas Selat Melaka ini di ketuai oleh "Tok Bakar". Beliau merupakan tekong/taiko (ketua) nelayan di Port Dickson dan sudah biasa dengan perairan Selat Melaka ini. Sebelum ini beliau pernah dua kali membawa perenang merentasi Selat Melaka mengetuai rombongan ini. Jadi, sudah tentu beliau cukup berpengalaman, profesional dan beliau juga seorang yang dihormati oleh nelayan-nelayan setempat. Bagi saya renangan ini memang berunsurkan "1 Malaysia" di mana anak-anak buah beliau yang turut serta mengikuti rombongan ini juga ada bangsa Melayu dan tiga orang cina. Semuanya memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi. Terharu sungguh saya bila mengenangkan semua pihak berusaha menjayakan misi ini. Kerajaan Negeri Perak dan Negeri Sembilan, Polis, Pihak Maritim, komando tentera darat, paramedik, UiTM, Agel dan sebagainya semuanya turut membantu selagi mampu.
Route Straits of Malacca
 
Zahra baru berjaya menamatkan renangan

Zahra dipapah oleh Zuriah (kiri) dan Rohaya (kanan)
Sepanjang saya berenang, ada pihak paramedik yang bertuah dapat melihat ikan dolphin. 
 Saya dapat melihat beratus ribu obor-obor kecil "Glow in the dark" dan ia tidak berbahaya, Angin yang kuat, kapal besar melintasi di hadapan saya..Syukur ahli rombongan kami perasan ada kapal besar. Yang peliknya kenapa kapal tersebut tidak menyalakan lampu? kan bahaya walaupun di laut. Macam-macam perkara yang kami tempuhi sepanjang perjalanan. Sewaktu tempoh 23 jam berenang sejauh 60km (diiktiraf oleh pihak Maritim), saya cuma fikirkan harapan orang ramai pada saya, pengorbanan ibubapa, buktikan pada yang lain yang saya tidak gagal dan yang paling utama sekali ia membuatkan saya begitu dekat dengan maha pencipta iaitu Allah. Di saat saya bersusah payah, inilah masanya saya berasa sungguh dekat dengan maha pencipta dan bila sudah berjaya tamatkan renangan pada waktu itu barulah saya rasa sungguh syukur tidak terhingga. Sukar untuk saya gambarkan perasaan itu melainkan seseorang itu rasai sendiri. Pada jam ke 18-20, matahari mula kelihatan dan saya sudah mula nampak Malaysia. Ya allah! Kejayaan akan tiba tidak lama lagi tapi saya harus teruskan renangan kerana secara jujurnya ianya masih jauh lagi, lebih dari 10 km. Pantai mula kelihatan pada waktu tengahari dan saya tahu saya hampir menamatkan. Pada masa itu Salman sudah tiba dulu ke pantai kerana dia berlepas awal pada permulaan renangan. Kira-kira 2 km dari pantai, tiba-tiba arus mulai kuat. Arus hanyutkan saya ke sebelah barat saya. Bertapa penatnya setelah berenang berjam-jam, saya perlu menambah kelajuan renangan saya dengan menguatkan kayuhan. Pada ketika itu, saya mula lihat rakan-rakan saya di sana, ahli Agel, dan orang ramai menunggu saya di pantai. Oleh itu, saya kuatkan semangat saya. "Mental kena kuat Zahra!! Jangan hiraukan sakit kau tu sebab kau nak sampai dah!!" bisik hati saya. Akhirnya saya berjaya tiba di Pantai Saujana dan diarak oleh orang ramai termasuk maskot negeri Perak kami, seladang!
Saya dipapah oleh rakan ibu saya dan rakan-rakan kerana terlalu penat menongkah arus ketika itu. Kami menerima cenderahati dan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR), "Longest female to swim the longest distance" dan Salman menerima anugerah "Youngest boy to swim the longest distance". Apapun,  sepanjang latihan dengan tentera laut di perairan Lumut dan berlatih renang di perairan Port Dickson bersama komando tentera darat sungguh  menghiburkan!!!


Terlalu penat tetapi berpuas hati dengan usaha selama ini
Malaysia Boleh!!!!!!

Menerima cenderahati daripada wakil MB Perak, Dato Zainol selaku EXCO Jabatan Belia dan Sukan
Zahra (kanan) di temu ramah oleh pihak media
"Kami berjaya lakukannya". Salman (kiri) dan Zahra (kanan) bergambar bersama sijil pengiktirafan.
Bersama bapa (kiri sekali), Salman, Zahra dan ibunya bergambar dengan replika sijil (MBOR)


TERIMA KASIH KERANA SOKONGAN ANDA SEMUA, SAYA BANGKIT SEMULA DARI KEGAGALAN LAMPAU! 



Tuesday, September 14, 2010

BAGAIMANA BOLEH TERLIBAT DALAM RENANGAN SELAT?


Zahra (kiri) dan Salman (kanan) menjalani latihan renang berhampiran pelabuhan TLDM di Lumut, Perak.

Zahra biasa diajukan dengan bentuk soalan sebegini..Bagaimana Zahra boleh terlibat dalam acara sukan renang selat ini (di lautan)?. Kisahnya bermula seperti ini, sewaktu saya berusia 4 tahun..sedang saya bersuka ria bersama adik saya memberi ikan-ikan di tasik makan di tasik Chenderoh, Perak...tiba-tiba keseronokan saya telah melalaikan diri saya sendiri, saya cuba membaling roti jauh-jauh kononnya kesian ikan yang berada di sebelah sana tidak dapat makan sedap-sedap kerana kami cuma baling dekat-dekt dengan kami je....Sewaktu leka tengok ikan yang berada jauh sedang berebut-rebut memakan roti yang kami baling tadi...Saya tak sedar yang kaki saya sudah berada di hujung jeti dan terus tergelincir jatuh ke dalam tasik...Pada masa itu cuma bapa saya saja yang mahir berenang. Adik saya yang bersama di jeti tu cuma umur 2 tahun sahaja....Dia terus memanggil bapa saya dengan kata-katanya yang kurang difahami tapi maksudnya jelas sekali...Tanpa membuang masa, bapa saya terus terjun ke dalam tasik dan terus menyelamatkan saya...Sejak peristiwa itulah, Zahra mula belajar berenang supaya tidak terjadi lagi peristiwa buruk sebegitu lagi..Adik-adik Zahra juga turut belajar berenang juga...Pada tahun 2004, UiTM Perak telah mengadakan projek "Cabaran Merentasi Sungai Dindings"...nama saja Sungai Dindings kerana ia laluan laut yang berdekatan dengan sungai tapi ia sebenarnya lautan....saya dan adik-adik menyertai projek renangan yang di anjurkan oleh UiTM Perak mewakili anak staff. Pada waktu itu saya (12), Zahra Mansourah (11) dan Salman Ali Shariati (6) yang turut serta dalam acara renangan Sungai Dindings sebagai anak staff bersama-sama dengan staff dan penuntut UiTM. Jarak renangan tersebut sejauh 1.2km iaitu dari Damar Laut ke Lumut. Selepas acara renangan itu, bapa saya mula melihat bakat kami dan mendapat ilham untuk meneruskan projek renangan sendiri yang kononnya akan dilakukan oleh kami tiga beradik pada masa itu. Jadi, bapa saya mula merancang renangan seterusnya buat kami iaitu renangan amal Pangkor -Lumut. Namun, Zahra Mansourah, adik kedua saya telah menarik diri untuk terlibat dalam projek renangan kerana dia tidak ada minat dalam bidang renang selat ini dan bapa saya tidak memaksa dia untuk turut terlibat sama. Jadi saya dan Salman telah mengukir nama dalam Malaysia Book of Records sebagai "Youngest Duo to Swim the Longest Distance" pada tahun 2006 iaitu sejauh 8.9km selama 3 jam 40 minit. Sejak pada itulah, kami, (Zahra Masoumah & Salman Ali Shariati) mula melakar sejarah renang selat negara. Misi kami cuma satu, iaitu untuk memberi inspirasi mengenai perjuangan kepada seluruh negara.


Menerima anugerah Malaysia Book of Records, "Youngest Duo to Swim the Longest Distance"
pada tahun 2006 berenang dari Pangkor-Lumut sejauh 8.9km.

ANUGERAH BELIA NEGARA

Banner sambutan sempena Hari Belia Negara peringkat kebangsaan di PICC, Putrajaya.

Sebelum itu saya mendapat panggilan daripada ibu saya bahawa saya mungkin terpilih dalam pencalonan anugerah belia peringkat negeri. Sewaktu itu saya berada di UiTM Shah Alam kerana saya menuntut di sana. Saya mendengar khabar tersebut dengan perasaan biasa-biasa sahaja kerana saya tidak terfikir pun yang saya layak menerima anugerah tersebut. Selepas beberapa hari, saya mendapat khabar bahawa saya berkemungkinan besar layak menerima anugerah belia peringkat negeri Perak. Saya berasa gembira tapi kegembiraan saya tidaklah dapat dirasai sangat kerana saya seakan-akan tidak percaya yang saya layak menerima anugerah tersebut.

Menerima anugerah Belia Peringkat Negeri daripada MB Perak, Dato' Dr Zambry
dan diiringi oleh EXCO Belia dan Sukan Dato' Zainol Fadzil

Setelah beberapa minggu, ibu saya menghubungi saya lagi. Beliau berkata nama saya telah dibawa ke pencalonan anugerah belia peringkat kebangsaan tapi saya sudah awal-awal tidak meletakkan harapan yang saya bakal terpilih kerana saya tahu ramai lagi rakyat Malaysia yang lebih hebat dari saya. Tak sangka tiga hari sebelum Hari Belia saya dimaklumkan oleh ibu saya yang saya terpilih untuk menerima anugerah tersebut. Tapi saya menerima keputusan itu dengan bersahaja saja kerana saya sukar untuk menerima kenyataan bahawa saya adalah orang yang dipilih untuk menerima anugerah tersebut. Sehari sebelum hari penerimaan anugerah, saya dimaklumkan yang nama saya terpapar di akhbar antara belia yang terpilih untuk menerima anugerah tersebut dan kemudiannya saya menerima panggilan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan bahawa saya dijemput untuk menerima anugerah belia negara di PICC, Putrajaya. Barulah saya percaya yang saya betul-betul tepilih menerima anugerah belia negara kategori "Daya Juang Malaysia Boleh".

Ya Allah, selepas mendapat panggilan tersebut...air mata saya terus berlinangan tanpa saya sedari tanda syukurnya saya terhadap illahi kerana mendapat anugerah sebesar ini. Bertapa terkejutnya saya kerana saya adalah calon yang terpilih untuk menerima anugerah tersebut. Saya memang sangat-sangat gembira pada masa itu sehinggakan opah saya turut menangis tanda terharu akan pencapaian cucunya. Bagi saya, kejayaan yang saya miliki ini bukanlah milik saya sendiri tetapi milik seluruh keluarga dan seluruh warga yang turut sama menyokong saya. Saya tahu, kepayahan yang saya tempuhi ini turut dirasai oleh orang orang yang turut menyokong saya. Pada saya, tuhan itu maha adil...apabila kadang-kadang orang lain melakukan penganiayaan dan mengambil kesempatan terhadap nama saya dan adik..tuhan sedang menguji kami sebenarnya dan tuhan akan memberi kita ganjaran dalam bentuk lain. Bagi saya, anugerah ini merupakan hadiah buat saya sekeluarga setelah pelbagai onak dan duri yang telah kami tempuhi. Jadi, pada para pembaca sekiranya anda ditimpa musibah...saya harap anda semua perlu belajar bersabar dan menjadi tabah  kerana pada suatu hari nanti tuhan akan memberi kita ganjaran dalam bentuk lain.Sekiranya kita ikhlas dalam sesuatu perkara, insyaallah hasilnya akan datang dengan sendirinya...Hayatilah bersama :)


JANGAN SESEKALI PANDANG RENDAH!!

Wahhh!!Setelah saya melihat video Youtube "Britain Got Talent", saya jadi sangat terharu..mengapa? seorang kanak-kanak bernama Connie Talbot telah memberi inspirasi pada saya bahawa kita tak boleh pandang rendah pada keupayaan seseorang..tak kiralah siapa dia, usianya berapa..setiap manusia telah dianugerahkan kelebihan yang tersendiri..Setiap kali saya mendengar suaranya dalam lagu "i will always love you" nyanyian Connie Talbot, saya sangat terharu sebab bukan senang hendak mendengar suara nyanyian kanak-kanak 6 tahun semerdu itu...cara dia mengawal pernafasan..sungguh sempurna...memang dia bersuara emas!juri seolah-olah memperlekehkan Connie untuk memberi peluang mencuba bakatnya dan kanak-kanak ini mengingatkan saya pada adik saya, Salman....

Connie Talbot (6), salah satu peserta "Britain Got Talent" yang menjadi tumpuan ramai
dengan bakat suaranya yang luar biasa.

 Salman (6), merentas lautan sejauh 1.2km pada tahun 2003

Adik saya telah lama menceburi dalam bidang sukan..Sewaktu dia berusia 6 tahun, Salman telah berjaya merentas lautan sejauh 1.2km dan sewaktu berusia 7 tahun, Salman juga berjaya menamatkan larian half maraton sejauh 21km!!!! Memang hebat! Zahra juga tak mampu ada kekuatan seperti dia...impiannya ialah untuk menjadi atlet triathlon negara bertaraf Olimpik..memang Zahra sangat kagum..tapi sejauh mana orang mengakui kebolehan Salman??? ramai yang mempertikaikan kebolehan Salman kerana dengan melihat bentuk fizikalnya..Apalah sangat?? Macam semua ini cerita-cerita belaka....seolah-olah kejayaan Salman direka semata-mata..Mana mungkin budak boleh buat macam tu??Biar masa yang membuktikan kejayaan Salman yang lebih besar suatu hari nanti....Jangan sesekali memandang rendah pada luaran seseorang itu...Kita sebagai manusia, kita kena percaya bahawa kita juga ada kelebihan kita tersendiri..Orang mempertikaikan kebolehan dan impian kita? Ragu-ragu dengan kita? Memperlekehkan kita??  Biarkan apa pun bunyi-bunyi yang keluar dari mulut orang ramai...Kita tak mampu lakukannya? kita bukan dilahirkan untuk berjaya??kita pasti gagal?? Yang penting kita perlu percaya pada diri sendiri!!! Abaikan mereka yang boleh membawa kita kepada kegagalan...setiap insan dilahirkan hebat dari pelbagai bidang..kita tidak semestinya dikatakan genius dalam bidang akademik sahaja...tapi ada berjuta-juta manusia genius dalam bidang tertentu seperti ada yang genius dalam bidang muzik...genius dalam bidang sukan...genius dalam bidang seni..dan sebagainya...genius itu sebenarnya "subjektif"..jadi hargailah diri anda! anda juga GENIUS!Jangan sesekali pandang rendah pada diri anda sendiri dan orang lain kerana menilai dengan melihatkan dari segi luaran mereka  :)

SENTIASA RASA DIRI ANDA HEBAT!

PENGALAMAN RENANG YANG LALU

Sebenarnya bagi Zahra, setiap perkara yang ingin kita capai...ia takkan datang dengan mudahnya...bukan mudah sebenarnya Zahra ingin mencapai matlamat Zahra dalam misi rentasan selat ini..Macam-macam pahit manis yang Zahra lalui bersama adik dan keluarga...Dari pengalaman bagi menjayakan renang ini lah, Zahra mula mengenali siapa manusia ini sebenarnya...Bukan semua manusia itu sama...ada yang kata-kata manis di mulut sahaja, ada yang mengambil peluang ke atas kami, ada juga yang bertalam dua muka...Macam-macamlah..tapi ada juga yang Zahra kenal insan-insan yang lain yang sangat mulia...yang memahami maksud perjuangan Zahra dan adik dalam usaha untuk membawa mesej perjuangan buat seluruh umat....kadang-kadang bila memikirkan ada yang sudi membantu kami dalam menjayakan usaha kami, Zahra berasa sebak bila mengenangnya kembali...mengalir air mata ni bila kita rasa ada yang masih sudi menyokong kami dari belakang...dari sinilah, Zahra dapat kenal "Yang mana permata dan yang mana kaca"....Kadang-kadang orang yang rapat dengan kita juga boleh berpaling tadah dengan kita...itulah yang memberi kekuatan untuk Zahra dan Salman untuk menerima situasi kehidupan yang sebenarnya....Pada mulanya, Zahra mengalami sedikit tekanan perasaan...memang nak berputus asa dan lepaskan semua ni tapi mama Zahra lah yang mententeramkan dan memberi kata semangat..katanya " Setiap perkara ada hikmahnya, Allah sayang kita sebab itu Allah sedang menguji kita"...dengan kata-kata inilah Zahra masih bertahan untuk membawa misi seterusnya iaitu 5XOE (5 Xtreme Ocean Expedition)

Zahra (15) dan adik, Salman (kanan) pada tahun 2006
Sebenarnya bagi Zahra, setiap perkara yang ingin kita capai...ia takkan datang dengan mudahnya...bukan mudah sebenarnya Zahra ingin mencapai matlamat Zahra dalam misi rentasan selat ini..Macam-macam pahit manis yang Zahra lalui bersama adik dan keluarga...Dari pengalaman bagi menjayakan renang ini lah, Zahra mula mengenali siapa manusia ini sebenarnya...Bukan semua manusia itu sama...ada yang kata-kata manis di mulut sahaja, ada yang mengambil peluang ke atas kami, ada juga yang bertalam dua muka...Macam-macamlah..tapi ada juga yang Zahra kenal insan-insan yang lain yang sangat mulia...yang memahami maksud perjuangan Zahra dan adik dalam usaha untuk membawa mesej perjuangan buat seluruh umat....kadang-kadang bila memikirkan ada yang sudi membantu kami dalam menjayakan usaha kami, Zahra berasa sebak bila mengenangnya kembali...mengalir air mata ni bila kita rasa ada yang masih sudi menyokong kami dari belakang...dari sinilah, Zahra dapat kenal "Yang mana permata dan yang mana kaca"....Kadang-kadang orang yang rapat dengan kita juga boleh berpaling tadah dengan kita...itulah yang memberi kekuatan untuk Zahra dan Salman untuk menerima situasi kehidupan yang sebenarnya....Pada mulanya, Zahra mengalami sedikit tekanan perasaan...memang nak berputus asa dan lepaskan semua ni tapi mama Zahra lah yang mententeramkan dan memberi kata semangat..katanya " Setiap perkara ada hikmahnya, Allah sayang kita sebab itu Allah sedang menguji kita"...dengan kata-kata inilah Zahra masih bertahan untuk membawa misi seterusnya iaitu 5XOE (5 Xtreme Ocean Expedition)...Zahra dapat merasakan selepas ini, tidak mustahil Zahra bakal menempuhi ujian yang lebih besar dari sang Pencipta...Zahra telah merasakan ujian berhadapan dengan sikap manusia dan ujian menerima kegagalan di selat Inggeris sebelum ini...Bagi Zahra, segala kesulitan itu merupakan suatu ujian dan ini menjadikan kita lebih tabah.... Zahra dapat merasakan selepas ini, tidak mustahil Zahra bakal menempuhi ujian yang lebih besar dari sang Pencipta...Zahra telah merasakan ujian berhadapan dengan sikap manusia dan ujian menerima kegagalan di selat Inggeris sebelum ini...Bagi Zahra, segala kesulitan itu merupakan suatu ujian dan ini menjadikan kita lebih tabah....

BILA AKU BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA


Siapa aku?? aku hanyalah seorang gadis yang senantiasa tidak puas dengan apa yang aku miliki kini...aku tidak tahu apakah yang sebenarnya aku inginkan kerana jiwaku sentiasa berasa kosong...tapi kini aku telah menyedari aku di antara umat yang terpilih untuk memikul amanah kerana aku telah dianugerahkan oleh tuhan suatu kelebihan yang luar biasa bagi membawa mesej perjuangan kepada seluruh umat di dunia.







Aku bukan sang perwira, aku bukan manusia perkasa, aku bukan golongan bijak pandai tapi aku cuma insan biasa yang lemah dan serba kekurangan...kekuatan yang ku miliki bukanlah datang daripada kudratku semata-mata tapi kekuatan mindaku lah telah mengatasi segala-galanya..Kalian sering tertanya-tanya, apakan sebenarnya tujuanku melibatkan diri dalam acara sebegini..apakah keuntungannya?? Pada aku,aku ini cuma mahukan perubahan hidup untuk diriku kerana aku tidak tahu apa yang membuatkan aku merasakan tidak pernah puas hati dalam diri ini...tetapi apabila tiba saat aku menjejakkan kaki ku ke dalam lautan yang luas terbentang ini, aku dapat merasakan siapakah diriku yang sebenarnya..bertapa rendahnya diri ku...bertapa kosongnya diriku..bertapa lemahnya daku tanpa sang Pencipta....aku mula mengenali erti hidup ini dengan melalui hari-hari yang aku tempuhi di lautan yang luas terbentang ini...di situlah bermulanya ujian yang bakal aku harungi.





Sebelum ini aku tidak pernah kenal erti kepayahan tapi kini aku menjadi lebih tabah dan lebih matang setelah aku terpaksa meredah arus dan ombak lautan...di situlah aku mula belajar erti kehidupan sebenar ini kerana kita tidak akan berjaya selagi kita tidak mampu mengharungi onak dan duri kehidupan...di situlah aku mula mengenali erti rendah diri setelah aku merasa meredah lautan bersendirian dan tiada siapa-siapa lagi yang aku mampu memohon pertolongan selain dari yang maha kuasa sewaktu aku menempuhi kesulitan di lautan luas pada masa itu...melalui pengalaman inilah, baru aku mula merasakan dekat sekali diriku ini dengan sang pencipta...tidak dapat di bayangkan bertapa dekatnya kita rasa saat hati ini meronta-ronta memohon pertolongan untuk memudahkan perjalanan...aku juga mula mengenali bagaimana untuk menyayangi alam semulajadi...aku tidak paham mengapa ada lagi manusia yang masih mementingkan diri dan suka mengambil jalan mudah tanpa memikirkan hal lain...aku tidak tergamak mengotori lautan yang indah ini...aku tidak boleh melihat manusia membuang sisa buangan di lautan...membuang minyak dan sebagainya...bila saat aku meredah lautan, baru ku tahu betapa sakitnya hati setelah lautan ini dicemari oleh sikap manusia yang suka mengambil jalan mudah..aku dapat merasakan apakah perasaan hidupan laut tersebut....aku mula berasa simpati kerana memikirkan habitat mereka telah dicemari oleh sikap kita sendiri...





Hubungan kekeluargan juga mula semakin akrab melalui cara ini secara tak langsung..aku semakin merasakan kasih sayang pada ibubapaku dan pengorbanan yang telah mereka tempuhi buatku..adik-adikku juga menjadi kekuatan buatku kerana  merekalah tulang belakang kejayaan aku...tanpa mereka, aku bukan siapa-siapa...aku cuma insan yang tersangat biasa...datukku juga adalah salah seorang ahli keluargaku yang banyak telah memberi sokongan daripada pelbagai segi...walaupun beliau telah kembali ke rahmatullah, aku tetap dapat merasakan semangat itu tersemat dihatiku lagi....





Bukan itu saja, aku juga mula kenal bagaimana cara untuk tidak mudah putus asa dalam kehidupan seharian... janganlah sesekali putus harapan sekiranya sesuatu perkara yang kita mahukan masih lagi tidak kesampaian...begitulah cara aku mempelajari istilah never give up apabila impian aku setinggi gunung ingin sampai ke destinasi Calais, Perancis tidak kesampaian setelah aku meredah lautan 3/4 daripada jarak sebenar Selat Inggeris....aku nekad ingin berusaha sehingga tercapai matlamat aku ini...aku akan sematkan semangat ini di dalam hati aku ini...tidak semestinya kita gagal sekali bermakna kita gagal seumur hidup....itulah pembakar semangat aku!aku tidak malu menerima kegagalan kerana setiap kegagalan ada kejayaan di sebaliknya.




SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA

KENAPA "RENANG"?

Ramai orang tertanya-tanya mengapa Zahra memilih untuk berenang dan apakah faedah yang saya dapat..Mungkin ada yang mengatakan saya melakukan kerja gila dan tiada faedahnya langsung...Mungkin ramai yang juga tertanya-tanya kenapa Zahra dan adik asyik berenang saja??.di sinilah saya akan membongkar rahsia kenapa saya dan adik bertungkus lumus menghabiskan masa untuk mencapai misi kami...Memang pada asalnya saya pandai berenang setelah insiden Zahra lemas dahulu..dengan kebolehan renang Zahra inilah Zahra berhasrat untuk berenang hingga mencapai misi terkini iaitu 5XOE: 5 Xtreme Ocean Expedition mungkin Zahra tidak ada kekuatan seperti zaman Rasulullah saw terdahulu tapi dengan kebolehan berenang yang dianugerahkan oleh tuhan inilah, memberi Zahra kekuatan untuk melakukan suatu pengorbanan pada agama terutamanya...Mungkin bila anda sekalian melihat misi renang ini cuma perkara remeh sahaja dan "cuma sekadar renangan untuk mencipta rekod"...Tapi jauh dari sudut hati kami (Zahra & Salman) sebenarnya kami sedang membawa sebuah tanggungjawab dan perjuangan yang besar buat agama...Pasti anda tertanya, "perjuangan apakah?"..

Di sini saya ingin menjelaskan terutamanya mengenai perjuangan diri saya sendiri...sejak saya mula merentasi selat Dindings pada tahun 2006, pada masa itulah isu pakaian renang muslimah baru hebat diperkatakan di media massa Malaysia walaupun sebelum ini pakaian renang muslimah telah lama wujud di negara luar...Ramai yang tidak menyedarinya, tapi saya sendiri telah menyedari kerana setelah saya satu-satunya wanita Islam yang memakai hijab yang berenang di lautan di negara ini, isu tersebut baru hangat diperkatakan....Kini, ramai muslimah dapat menikmati renang itu sebagai suatu riadah tanpa sebarang halangan...Walaupun ada bunyi-bunyi yang mengatakan saya ini banyak kekurangannya dari segi pemakaian baju renang, tapi memandangkan baju renang jenis sebegitu sahaja yang sesuai dan selamat untuk berenang di lautan namun saya rasa senang hati kerana kini telah wujud perubahan revolusi pakaian renang muslimah di negara ini...Saya rasa seolah-olah pengorbanan saya ini berbaloi buat masyarakat... Ramai pasti tertanya-tanya "Mana dapat kekuatan berenang sejauh ni, apa yang saya makan??", tapi sebenarnya jauh dari sudut hati saya, dengan berkat doa semua pihaklah tidak kira bangsa atau agama yang mendoakan kejayaan saya dan adik sebenarnya memberi kekuatan kepada kami...

Bersama ibu saya (kiri) di Perlabuhan Dover, United Kingdom setelah selesai menjalani latihan renang.


Dengan melakukan misi renangan di 5 Benua nanti, saya dapat membawa nama Islam juga boleh melakukan sama hebat seperti umat lain...Lagi-lagi dengan mengekalkan pemakaian tudung sewaktu saya berenang...Ada juga orang Barat bertanyakan kepada saya mengapa saya perlu memakai pakaian bertutup penuh sebegitu kerana ia menyukarkan renangan sewaktu saya di UK ketika saya menjalani latihan untuk merentasi Selat Inggeris...Namun saya menerangkan ini merupakan salah satu tanggungjawab saya...Dengan kenyataan sedemikianlah, pasti mereka merasa isu ini menjadi tanda tanya dan ingin mengetahui mengapa orang Islam begitu nekad sekali...Dalam masa yang sama, mereka hormat pada saya sebagai umat Islam..dengan cara begitulah, saya dapat berdakwah kepada mereka secara tak langsung....Itulah salah satu sebabnya mengapa saya memilih untuk meneruskan misi renangan ini...Jika saya mampu berdakwah menggunakan bakat yang saya miliki , mengapa tidak anda (tidak kiralah anda bangsa dan agama apa pun) juga menyalurkan dakwah melalui kebolehan anda sendiri ?

 
Memberi ucapan penghargaan dan berkongsi pengalaman sewaktu di Kedutaan Malaysia di United Kingdom