Saturday, March 19, 2011

Never Say Never!!!

Salam 1 Malaysia!!! Lirik lagu ni untuk di kongsi bersama...hayati lagu ini dan semaikan kata-kata (lirik) dalam jiwa anda :P


Never say never!
(never, never, never …)
Justin Bieber
See I never thought that I could walk through fire
I never thought that I could take the burn
I never had the strength to take it higher
Until I reached the point of no return
And there’s just no turning back
When your hearts under attack
Gonna give everything I have
It’s my destiny
Justin Bieber
I will never say never
I will fight
I will fight till forever!
Make it right
Whenever you knock me down
I will not stay on the ground.
Pick it up, pick it up, pick it up,
Pick it up up up and never say never
Justin Bieber
Ne-never say never
Ne-never say never
Ne-never say never
Never say it, never never say it
I never thought I could feel this power
I never thought that I could feel this free
I’m strong enough to climb the highest tower
And I’m fast enough to run across the sea
ooooh
And there’s just no turning back (oh no)
When your hearts under attack (oh no)
Gonna give everything I have
Cause this is my destiny
I will never say never (never say never)
I will fight
I will fight till forever
Make it right
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up, pick it up, pick it up,
Pick it up up up and never say never
Jaden Smith
Here we go! guess who?
J Smith and JB! (uh huh)
I gotcha lil bro.
I can handle him. Hold up, aight?
I can handle him.
Jaden Smith
Now he’s bigger than me, taller than me
And he’s older than me, and stronger than me
And his arms a little bit longer than me
But he ain’t on a JB song with me
I’ll be trying a chill
They be trying to side with the thrill.
No pun intended, was raised
By the power of Will
Like Luke with the force
When push comes to shove.
Like Cobe with the 4th
Ice water with blood.
I gotta be the best, and yes
We’re the flyest.
Like David and Goliath,
I conquered the giant.
So now I got the world in my hand,
I was born from two stars
So the moon’s where I land.
Yeah yeaaah
I will never say never (never say yeah)
I will fight
I will fight till forever!
Make it right
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up, pick it up, pick it up,
Pick it up up up and never say never
(repeat)
Ne-never say never (never say it)
Ne-never say never (never say it)
Ne-never say never (never say it)
And never say never


Nasihat buat remaja tersayang diluar sana yang kurang berkeyakinan untuk lakukan sesuatu perkara dek takut pada kegagalan.

Saya berharap perjuangan saya ini mampu memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat yang mahukan perubahan dalam hidup dengan membuat sesuatu perkara yang luar biasa dan tidak sentiasa lalai dengan arus pembangunan kerana saya percaya ramai masyarakat di luar sana mempunyai bakat yang terpendam yang mereka tidak tahu untukdisalurkan ke mana. Kepada semua remaja di luar sana, jangan takut akan kegagalan kerana setiap kegagalan sudah tentu ada hikmahnya kerana Allah itu maha mengetahui dan mungkin selepas kegagalan tersebut akan mencipta kejayaan yang lebih berharga dari apa yang kita harapkan. Ingat, Never, never, never Give Up!!!!

Apakah impian terbesar Zahra terhadap sukan ini? Sampai bila mahu menakluk lautan?


Impian terbesar ialah saya ingin sekali berenang untuk “charity”. Saya berharap apabila saya melakukan renangan, masyarakat juga dapat membantu menyokong usaha saya dalam mencari dana buat sesiapa yang kurang berkemampuan supaya tujuan renang ini tidak dilihat sekadar mencipta rekod semata-mata tetapi melakukan kerja amal di samping menerpa nama. Saya berharap ada pihak yang sudi membantu saya dalam menguruskan renangan amal sebegini. Saya telah meletakkan matlamat setelah misi 5XOE saya berjaya, saya akan tumpu kepada kehidupan saya serta berkongsi pengalaman yang ada. Saya akan membuka laluan buat adik-adik saya yang mula mekar dalam bidang renang selat ini.

Apa agaknya kepuasan ataupun keindahan perasaan ketika berada di tengah-tengah lautan yang begitu luas?

Bagi saya ia seperti “self actualization” di mana saya mendapat kepuasan maksimum sekiranya saya dapat merentasi suatu selat. Pada pandangan saya, berada di tengah-tengah lautan yang begitu luas merupakan pengalaman yang sukar hendak dikongsikan dengan orang ramai kerana perasaan itu hanya boleh dirasai oleh orang itu sendiri sahaja apabila dia di tempat saya. Perasaan itu  tidak sama sekali rasa sama berada di tengah-tengah laut ketika berenang dan ketika menaiki feri atau yang sewaktu dengannya. Bukan semua orang dapat merasakan berada di tengah-tengah lautan dan melihat bertapa indahnya kejadian tuhan.

Dikenali sebagai 'gadis kental' yang sanggup meredah lautan selat pada usia cukup muda. Ceritakan bagaimana boleh terlibat dengan sukan renang selat yang jarang-jarang dilakukan ini?

Pada tahun 2004, UiTM Perak telah mengadakan projek "Cabaran Merentasi Sungai Dindings dan saya dan adik-adik menyertai projek renangan yang di anjurkan oleh UiTM Perak mewakili anak staff. Selepas acara renangan itu, bapa saya mula melihat bakat kami dan mendapat ilham untuk meneruskan projek renangan dan saya dan Salman telah mengukir nama dalam Malaysia Book of Records sebagai "Youngest Duo to Swim the Longest Distance" pada tahun 2006 iaitu sejauh 8.9km selama 3 jam 40 minit. Sejak pada itulah Zahra dan Salman mula merentasi selat-selat lain tetapi dengan membawa satu mesej buat masyarakat.

Renang- suatu yang sinonim dengan Zahra. Apa menariknya sukan ini berbanding sukan-sukan lain?

Bagi Zahra renang ni berbeza dengan sukan lain di mana ia merupakan sejenis sukan yang melibatkan pergerakan seluruh tubuh badan dan ia juga sukan yg dapat kurangkan risiko kecederaan dan ia bersifat individu lebih-lebih lagi jika ia melibatkan renang selat kerana ia seolah-olah kita berhadapan seorang diri sahaja di laut kerana kita tidak dapat berkomunikasi ketika kita sedang berenang. Ia seolah-olah kita di alam “lain” dan ia juga dapat mendekatkan saya dengan tuhan apabila saya dilanda kesusahan ketika berenang dan bila melihat keindahan alam yang tidak ramai orang yang dapat melihatnya. Bagi saya renang ini banyak mengajar saya erti kehidupan.

Thursday, January 13, 2011

BAGAIMANA MAHU MENGUBAH MENTALITI MASYARAKAT KITA?

Saya turut terbaca segelintir penulis blog yang ada memberi komen yang positif dan ada yang memberi komen yang negaif. Selalunya mereka akan memberi kritik yang negatif. Antaranya:

  • Hanya mahu menerpa nama di dalam Malaysian Books of Records (MBOR)
  • Mengejar gelaran Datuk
  • Menghabiskan duit rakyat
  • Meraih nama dan populariti (Glamour)
  • Tidak menyumbang kepada faedah agama terutamanya Islam
  • Bersifat materialistik

Saya sudah  lali dengan semua pandangan-pandangan dan komen-komen sebegitu. Tapi apakah masyarakat kita cuma nampak yang itu sahaja? Kenapa mesti kita lihat dari sudut yang tersurat sahaja? Mengapa tidak kita cuba memberi peluang pada diri kita untuk membuka minda kita supaya melihat tersirat tujuan itu dilakukan. Sebenarnya seperti kita lihat zaman kini terutamanya keadaan remaja yang semakin serius dan apakah peranan anda semua bagi memulihkan keadaan yang semakin membimbangkan ini? Apa peranan anda? Sebagai remaja? Sebagai Ibubapa? Sebagai pendidik? Apa yang telah anda lakukan bagi membentuk masyarakat kita?



MENGUBAH MINDA SUPAYA MASYARAKAT SALING BERSAING


Jadi saya di sini ingin membawa anda semua kepada sudut pemikiran yang di luar daripada norma pemikiran kita. Izinkan saya mengambil contoh yang terdekat dengan saya iaitu mengenai pengalaman saya sendiri kerana saya menempuhinya dan lebih tepat untuk dikongsi bersama.Tujuan di sini bukan untuk menghabiskan duit kerajaan tapi sebaliknya ia merupakan pelaburan buat negara. Apa yang dimaksudkan pelaburan? Kita juga boleh membuktikan bukan beberapa kerat sahaja rakyat Malaysia yang hebat-hebat dan ini membuka peluang kepada masyarakat lain terutama golongan remaja ingin mengikut cara rakyat luar biasa lain yang telah berjaya menerpa nama. Anda nampak sekarang? Takkan kita nak biarkan golongan kini semakin lalai dengan keseronokan duniawi semata-mata. Mengapa tak biarkan ramai lagi rakyat Malaysia yang berlumba-lumba untuk menerpa kejayaan yang bakal menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Apabila nama Malaysia semakin dikenali, negara kita akan disegani oleh negara luar. Tidak semestinya kepandaian itu tertumpu kepada akademik semata-mata kerana kebijaksanaan itu bersifat subjektif. Tuhan mencipta manusia dengan bermacam-macam jenis kepandaian dan kita sebagai umatnya perlu menerokai bakat yang tuhan anugerahkan. Setiap orang adalah genius. Ingat itu! Apapun mestilah seiring dengan fardhu ain (asas agama) bagi yang menganuti agama Islam dan jangan sehingga abaikan yang wajib.

BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI SUATU BENTUK DAKWAH


Saya melihat ramai yang mengatakan tujuan mencipta rekod seumpamanya tidak menyumbang kepada agama kerana ia lebih bersifat materialistik dan mencipta nama semata-mata. Mengapa kita tidak beri peluang pada diri kita bagi membuka minda supaya membuat tanggapan yang baik kerana perkara yang baik pasti menguntungkan buat semua bukan secara individu sahaja. Jika kita lihat secara tersuratnya, sudah tentu tujuan itu dilakukan sekadar "mencipta nama" sahaja bagi membuktikan Malaysia Boleh tapi tidakkan anda lihat, setiap perkara yang dilakukan juga boleh dijadikan dakwah?Sebagai contohnya, apabila kita berjaya harungi sesuatu cabaran dan akan berkongsi bersama dengan masyarakat yang lain. Sudah tentunya orang akan bertanya "Mana dapat kekuatan sebegini?, Makan apa?" dan sebagainya. Dengan cara itu kita boleh menjelaskan bahawa kekuatan rohani itu yang mengawal segala-galanya dan barulah diikuti dengan kekuatan emosi, fizikal dan sebagainya. Bukankah itu juga bentuk dakwah? Terutamanya bagi segelintir masyarakat Islam yang mengatakan ia tidak menyumbang pada agama. Bukankah dengan berkongsi pengalaman yang ada dan diselitkan unsur spiritual boleh dijadikan dakwah buat semua? Saya sebagai umat Islam memberi pandangan bahawa kita sebagai umatnya perlulah berdaya saing seiiring dengan warga dunia yang lain, barulah masyarakat lain tidak memandang agama Islam ini cuma menumpukan aspek akhirat sahaja. Islam itu menyeluruh dan fleksibel jadi setiap perkara yang dilakukan dengan niat yang betul disertai dengan usaha untuk memberi inspirasi buat memajukan umat lain sudah tentulah ia juga boleh dikira sebagai ibadah juga. Benar kan? Jika anda masih tidak jelas dengan apa yang saya sampaikan saya beri contoh yang lain pula. Contohnya penyanyi Maher Zain:




sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Maher_Zain

2008: Involved with RedOne

After being involved for a while in the music scene as a music producer, Maher was introduced to RedOne, a Swedish music producer of Moroccan origin in Sweden. Maher started working with RedOne alongside Akon, Enrique Iglesias, Lady GaGa and Michael Jackson. Later, he moved to New York where he took part in producing Kat DeLuna on her debut album including hit Whine Up and Run The Show. Then he returned for a while to Sweden where he had his religious awakening.
 Jadi, setelah beliau sudah lama berkecimpung dalam dunia muzik dan kini beliau masih bersama dengan dunia muzik tetapi penyampaian beliau kini sudah dari sudut yang berbeza iaitu kini berkonsepkan Islamic. Jadi saya di sini bukan sahaja tujukan kepada umat Islam sahaja tetapi juga kepada umat yang lain. Marilah kita memajukan diri dengan memberi sumbangan dalam apa sahaja bentuk yang anda pakar buat Agama dan Negara!!!!!

MARILAH MEMBERI SUMBANGAN DAKWAH BUAT AGAMA DAN MASYARAKAT MELALUI BAKAT YANG ANDA MILIKI, ANDA ADALAH ANUGERAH TUHAN YANG TIDAK TERNILAI!!!