Friday, November 5, 2010

IMPIAN SAYA

Salam buat semua pembaca. Maaf lah kalau saya sudah lama tak "update" blog ini. Maklumlah tak tahu apa lagi nak di tulis di sini sebabnya saya bukan kaki blogger. HAHA. Sepatutnya mengikut berita saya di media massa, pada awal tahun 2011 saya akan ke New Zealand untuk menjalani latihan renang menrentasi Selat Cooks. Nampaknya seakan-akan tiada perkembangan buat masa ini sebab perbelanjaan tidak dapat di cari buat masa ini. Itulah, sudah ada nama tak semestinya senang untuk berjaya. Susah payah saya cuba untuk mencari syarikat atau badan organisasi yang sudi menaja saya namun agak sukar bagi saya untuk mengumpul kos perbelanjaan saya buat masa terdekat. Kalau ada, jadi lah tahun depan. Kalau tidak ada, terpaksa saya lupakan renangan saya pada masa terdekat.

MISI 5XOE:
  •  Selat Melaka (Selesai)
  • Selat Cooks
  • Selat Inggeris
  • Selat Jibraltar
  • Selat Trans-Atlantic
Nampaknya susah saya untuk meneruskan misi saya ini. Biasalah bila niat kita ke arah kebaikan, nescaya tuhan akan memberi ujian pada kita. Saya pasti akan menceritakan apa yang saya tempuhi suatu hari nanti. Bukan mudah untuk berjaya dan akan saya jadikan kisah hidup saya sebuah cerita penuh dengan inspirasi!!!

No comments:

Post a Comment