Saturday, March 19, 2011

Apakah impian terbesar Zahra terhadap sukan ini? Sampai bila mahu menakluk lautan?


Impian terbesar ialah saya ingin sekali berenang untuk “charity”. Saya berharap apabila saya melakukan renangan, masyarakat juga dapat membantu menyokong usaha saya dalam mencari dana buat sesiapa yang kurang berkemampuan supaya tujuan renang ini tidak dilihat sekadar mencipta rekod semata-mata tetapi melakukan kerja amal di samping menerpa nama. Saya berharap ada pihak yang sudi membantu saya dalam menguruskan renangan amal sebegini. Saya telah meletakkan matlamat setelah misi 5XOE saya berjaya, saya akan tumpu kepada kehidupan saya serta berkongsi pengalaman yang ada. Saya akan membuka laluan buat adik-adik saya yang mula mekar dalam bidang renang selat ini.

No comments:

Post a Comment