Saturday, March 19, 2011

Apa agaknya kepuasan ataupun keindahan perasaan ketika berada di tengah-tengah lautan yang begitu luas?

Bagi saya ia seperti “self actualization” di mana saya mendapat kepuasan maksimum sekiranya saya dapat merentasi suatu selat. Pada pandangan saya, berada di tengah-tengah lautan yang begitu luas merupakan pengalaman yang sukar hendak dikongsikan dengan orang ramai kerana perasaan itu hanya boleh dirasai oleh orang itu sendiri sahaja apabila dia di tempat saya. Perasaan itu  tidak sama sekali rasa sama berada di tengah-tengah laut ketika berenang dan ketika menaiki feri atau yang sewaktu dengannya. Bukan semua orang dapat merasakan berada di tengah-tengah lautan dan melihat bertapa indahnya kejadian tuhan.

No comments:

Post a Comment