Tuesday, September 14, 2010

BILA AKU BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA


Siapa aku?? aku hanyalah seorang gadis yang senantiasa tidak puas dengan apa yang aku miliki kini...aku tidak tahu apakah yang sebenarnya aku inginkan kerana jiwaku sentiasa berasa kosong...tapi kini aku telah menyedari aku di antara umat yang terpilih untuk memikul amanah kerana aku telah dianugerahkan oleh tuhan suatu kelebihan yang luar biasa bagi membawa mesej perjuangan kepada seluruh umat di dunia.







Aku bukan sang perwira, aku bukan manusia perkasa, aku bukan golongan bijak pandai tapi aku cuma insan biasa yang lemah dan serba kekurangan...kekuatan yang ku miliki bukanlah datang daripada kudratku semata-mata tapi kekuatan mindaku lah telah mengatasi segala-galanya..Kalian sering tertanya-tanya, apakan sebenarnya tujuanku melibatkan diri dalam acara sebegini..apakah keuntungannya?? Pada aku,aku ini cuma mahukan perubahan hidup untuk diriku kerana aku tidak tahu apa yang membuatkan aku merasakan tidak pernah puas hati dalam diri ini...tetapi apabila tiba saat aku menjejakkan kaki ku ke dalam lautan yang luas terbentang ini, aku dapat merasakan siapakah diriku yang sebenarnya..bertapa rendahnya diri ku...bertapa kosongnya diriku..bertapa lemahnya daku tanpa sang Pencipta....aku mula mengenali erti hidup ini dengan melalui hari-hari yang aku tempuhi di lautan yang luas terbentang ini...di situlah bermulanya ujian yang bakal aku harungi.





Sebelum ini aku tidak pernah kenal erti kepayahan tapi kini aku menjadi lebih tabah dan lebih matang setelah aku terpaksa meredah arus dan ombak lautan...di situlah aku mula belajar erti kehidupan sebenar ini kerana kita tidak akan berjaya selagi kita tidak mampu mengharungi onak dan duri kehidupan...di situlah aku mula mengenali erti rendah diri setelah aku merasa meredah lautan bersendirian dan tiada siapa-siapa lagi yang aku mampu memohon pertolongan selain dari yang maha kuasa sewaktu aku menempuhi kesulitan di lautan luas pada masa itu...melalui pengalaman inilah, baru aku mula merasakan dekat sekali diriku ini dengan sang pencipta...tidak dapat di bayangkan bertapa dekatnya kita rasa saat hati ini meronta-ronta memohon pertolongan untuk memudahkan perjalanan...aku juga mula mengenali bagaimana untuk menyayangi alam semulajadi...aku tidak paham mengapa ada lagi manusia yang masih mementingkan diri dan suka mengambil jalan mudah tanpa memikirkan hal lain...aku tidak tergamak mengotori lautan yang indah ini...aku tidak boleh melihat manusia membuang sisa buangan di lautan...membuang minyak dan sebagainya...bila saat aku meredah lautan, baru ku tahu betapa sakitnya hati setelah lautan ini dicemari oleh sikap manusia yang suka mengambil jalan mudah..aku dapat merasakan apakah perasaan hidupan laut tersebut....aku mula berasa simpati kerana memikirkan habitat mereka telah dicemari oleh sikap kita sendiri...





Hubungan kekeluargan juga mula semakin akrab melalui cara ini secara tak langsung..aku semakin merasakan kasih sayang pada ibubapaku dan pengorbanan yang telah mereka tempuhi buatku..adik-adikku juga menjadi kekuatan buatku kerana  merekalah tulang belakang kejayaan aku...tanpa mereka, aku bukan siapa-siapa...aku cuma insan yang tersangat biasa...datukku juga adalah salah seorang ahli keluargaku yang banyak telah memberi sokongan daripada pelbagai segi...walaupun beliau telah kembali ke rahmatullah, aku tetap dapat merasakan semangat itu tersemat dihatiku lagi....





Bukan itu saja, aku juga mula kenal bagaimana cara untuk tidak mudah putus asa dalam kehidupan seharian... janganlah sesekali putus harapan sekiranya sesuatu perkara yang kita mahukan masih lagi tidak kesampaian...begitulah cara aku mempelajari istilah never give up apabila impian aku setinggi gunung ingin sampai ke destinasi Calais, Perancis tidak kesampaian setelah aku meredah lautan 3/4 daripada jarak sebenar Selat Inggeris....aku nekad ingin berusaha sehingga tercapai matlamat aku ini...aku akan sematkan semangat ini di dalam hati aku ini...tidak semestinya kita gagal sekali bermakna kita gagal seumur hidup....itulah pembakar semangat aku!aku tidak malu menerima kegagalan kerana setiap kegagalan ada kejayaan di sebaliknya.




SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA

No comments:

Post a Comment