Tuesday, September 14, 2010

KENAPA "RENANG"?

Ramai orang tertanya-tanya mengapa Zahra memilih untuk berenang dan apakah faedah yang saya dapat..Mungkin ada yang mengatakan saya melakukan kerja gila dan tiada faedahnya langsung...Mungkin ramai yang juga tertanya-tanya kenapa Zahra dan adik asyik berenang saja??.di sinilah saya akan membongkar rahsia kenapa saya dan adik bertungkus lumus menghabiskan masa untuk mencapai misi kami...Memang pada asalnya saya pandai berenang setelah insiden Zahra lemas dahulu..dengan kebolehan renang Zahra inilah Zahra berhasrat untuk berenang hingga mencapai misi terkini iaitu 5XOE: 5 Xtreme Ocean Expedition mungkin Zahra tidak ada kekuatan seperti zaman Rasulullah saw terdahulu tapi dengan kebolehan berenang yang dianugerahkan oleh tuhan inilah, memberi Zahra kekuatan untuk melakukan suatu pengorbanan pada agama terutamanya...Mungkin bila anda sekalian melihat misi renang ini cuma perkara remeh sahaja dan "cuma sekadar renangan untuk mencipta rekod"...Tapi jauh dari sudut hati kami (Zahra & Salman) sebenarnya kami sedang membawa sebuah tanggungjawab dan perjuangan yang besar buat agama...Pasti anda tertanya, "perjuangan apakah?"..

Di sini saya ingin menjelaskan terutamanya mengenai perjuangan diri saya sendiri...sejak saya mula merentasi selat Dindings pada tahun 2006, pada masa itulah isu pakaian renang muslimah baru hebat diperkatakan di media massa Malaysia walaupun sebelum ini pakaian renang muslimah telah lama wujud di negara luar...Ramai yang tidak menyedarinya, tapi saya sendiri telah menyedari kerana setelah saya satu-satunya wanita Islam yang memakai hijab yang berenang di lautan di negara ini, isu tersebut baru hangat diperkatakan....Kini, ramai muslimah dapat menikmati renang itu sebagai suatu riadah tanpa sebarang halangan...Walaupun ada bunyi-bunyi yang mengatakan saya ini banyak kekurangannya dari segi pemakaian baju renang, tapi memandangkan baju renang jenis sebegitu sahaja yang sesuai dan selamat untuk berenang di lautan namun saya rasa senang hati kerana kini telah wujud perubahan revolusi pakaian renang muslimah di negara ini...Saya rasa seolah-olah pengorbanan saya ini berbaloi buat masyarakat... Ramai pasti tertanya-tanya "Mana dapat kekuatan berenang sejauh ni, apa yang saya makan??", tapi sebenarnya jauh dari sudut hati saya, dengan berkat doa semua pihaklah tidak kira bangsa atau agama yang mendoakan kejayaan saya dan adik sebenarnya memberi kekuatan kepada kami...

Bersama ibu saya (kiri) di Perlabuhan Dover, United Kingdom setelah selesai menjalani latihan renang.


Dengan melakukan misi renangan di 5 Benua nanti, saya dapat membawa nama Islam juga boleh melakukan sama hebat seperti umat lain...Lagi-lagi dengan mengekalkan pemakaian tudung sewaktu saya berenang...Ada juga orang Barat bertanyakan kepada saya mengapa saya perlu memakai pakaian bertutup penuh sebegitu kerana ia menyukarkan renangan sewaktu saya di UK ketika saya menjalani latihan untuk merentasi Selat Inggeris...Namun saya menerangkan ini merupakan salah satu tanggungjawab saya...Dengan kenyataan sedemikianlah, pasti mereka merasa isu ini menjadi tanda tanya dan ingin mengetahui mengapa orang Islam begitu nekad sekali...Dalam masa yang sama, mereka hormat pada saya sebagai umat Islam..dengan cara begitulah, saya dapat berdakwah kepada mereka secara tak langsung....Itulah salah satu sebabnya mengapa saya memilih untuk meneruskan misi renangan ini...Jika saya mampu berdakwah menggunakan bakat yang saya miliki , mengapa tidak anda (tidak kiralah anda bangsa dan agama apa pun) juga menyalurkan dakwah melalui kebolehan anda sendiri ?

 
Memberi ucapan penghargaan dan berkongsi pengalaman sewaktu di Kedutaan Malaysia di United Kingdom

No comments:

Post a Comment